Tema dan Sub-tema MADANI 2026:

Tema Utama

“Pendidikan Madani: Inovasi Kurikulum untuk Generasi Cerdas, Beretika dan Kompetitif”

Subtema / Bidang Fokus

  1. Transformasi Kurikulum Bersepadu MADANI Berteraskan Warisan, Ketamadunan dan Kebolehpasaran
    • Reka bentuk kurikulum holistik berasaskan nilai MADANI, warisan intelektual tempatan dan keperluan pasaran kerja masa hadapan.
    • Integrasi STEM, sains kemanusiaan, warisan ilmu dan kemahiran abad ke‑21.
    • Pengukuhan micro‑credential, SULAM dan pembelajaran sepanjang hayat.
  1. Pedagogi Inovatif dan Teknologi Pendidikan dalam Pembinaan Tamadun Digital
    • Aplikasi AI, VR/AR, data raya dan teknologi pendidikan secara beretika.
    • Pembelajaran berasaskan projek, penyelidikan dan komuniti.
    • Inovasi PdP yang menyokong pembinaan insan berdaya cipta, kritis dan bertanggungjawab.
  2. Agama dan Kerangka Pemikiran Pendidikan Madani
    • Akidah sebagai asas pembinaan insan Madani.
    • Integrasi tauhid dan maqasid dalam kurikulum.
    • Pembinaan pemikiran seimbang naqli‑aqli dan etika keilmuan.
  3. Nilai, Etika dan Kemanusiaan dalam Pendidikan
    • Pendidikan nilai, integriti dan pembinaan sahsiah.
    • Daya tahan emosi dan kemahiran interpersonal.
    • Pendidikan berteraskan kemanusiaan dan kesejahteraan.
  4. Kepimpinan Pendidikan dan Komuniti Berteraskan Ketamadunan
    • Kepimpinan transformasional di sekolah dan IPT.
    • Kolaborasi IPT, industri, agensi dan komuniti.
    • Tadbir urus pendidikan beretika dan berteraskan prinsip MADANI.
  5. Bahasa, Komunikasi dan Literasi Digital
    • Literasi bahasa dalam media digital dan sosial.
    • Etika berbahasa dan wacana awam.
    • Bahasa sebagai alat menangani ekstremisme, buli siber dan salah maklumat.
  6. Keusahawanan Digital, Sains dan Inovasi untuk Kelestarian Tamadun
    • Pendidikan keusahawanan digital dan inovasi berasaskan sains dan teknologi.
    • Pembangunan inkubator, startup dan ekosistem inovasi di IPT.
    • Keusahawanan kreatif untuk pembangunan ekonomi, sosial dan kelestarian.