Seminar Antarabangsa Masyarakat MADANI Kali Ke-7 (MADANI 2026)

Tentang Seminar

Seminar Madani telah dianjurkan sejak tahun 2019 sebagai program akademik berimpak tinggi anjuran Pusat Pendidikan Asas & Lanjutan (PPAL), UMT. Seminar ini menghimpunkan sarjana, pendidik, penyelidik dan pemikir bagi membincangkan isu pendidikan, kemasyarakatan dan pembangunan insan dalam kerangka masyarakat Madani.

Perkembangan globalisasi, revolusi digital dan kecerdasan buatan (AI) menuntut transformasi menyeluruh terhadap kurikulum, pedagogi dan falsafah pendidikan. Dalam konteks Nusantara, pendidikan Madani perlu mengintegrasikan nilai kemanusiaan, kerohanian, kearifan tempatan dan inovasi teknologi secara seimbang.

MADANI 2026 diteruskan sebagai platform ilmiah untuk perkongsian idea, penyelidikan dan amalan terbaik dalam pendidikan, bahasa, kemanusiaan, teknologi dan pembangunan komuniti di Malaysia, Indonesia dan rantau Nusantara.